Thursday, October 2, 2014

INGAT KO JE ADE PERASAAN MARAH???

Selamat petang...

Hujan mulai turun di bandar kuatan sekarang nie..patutnya sejuk laa kan tapi sekarang nie perasaan aku panas sangat disebabkan seseorang nie.  Aishhh, geram pulak tiba2 bila teringat pasal dia.  Aku tak nafikan yang dia memang banyak kerja dan boleh jadi stress tapi agak2 laa kalau nk stress pun.  Aku tak buat pape pun, janganlah bagi muka tahi tu kat aku.  Aku tak boleh nk jangka laa sampai tahap mana stress kau tu tapi try to relax.  Nie aku cakap baik2 boleh pulak buat muka.   Memang berasap laa kan.  Mujur laa aku nie jenis malas nk sound direct and aku still hormat kau.



Stress pun memang tidak dinafikan.  Aku tengok cara ko kerja pun aku tahu tapi don't expect aku yang duduk kat bawah nie goyang kaki 24 jam.  Aku kena marah, kena herdik tapi still bila kau bercakap dengan aku, aku akan bagi respon dan sorok segalanya perasaan bengang or marah aku.  Please laa aku hormat sama kau dan jangan sampai hormat tu hilang.  sekian terima kasih









Thursday, August 28, 2014

THE MOST SHOCKING MOMENT IN MY LIFE...

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Aku ada berkenalan dengan seseorang ni melalui BEETALK.  Kami selalu chat tapi tiba2 aku sakit terus kami tidak berhubung.  Namun sejurus aku sihat dia mula hubungi aku semula dan kami mula sebagai kawan.

Aku tak tahu bila perasaan sayang tu mula wujud.  Padahal aku susah untuk mencintai atau mengasihi seseorang itu dalam masa yang singkat.  Dia juga menunjukkan respon yang baik pada aku.  Walaupun aku tidak tahu sebaliknya.  Mungkin dia hanya ingin main-main saja dengan ku.  Aku sendiri tidak tahu.  

Tapi kejadian yang berlaku pada malam 25/08/2014 masih segar dalam ingatan aku.  Dia telah mengajak aku untuk mengahwini nya.  Aku terkejut dengan ajakan dia.  Tidak langsung aku terfikir untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang nie.  Masih banyak yang perlu aku lakukan sebelum aku bergelar seorang isteri.  Aku tidak bersedia langsung untuk komitment ini.  

Aku meminta masa untuk memikirkan hal ini.  Hal ini bukanlah sesuatu yang boleh difikirkan dalam satu malam sahaja.  Ia memerlukan masa yang panjang.  Aku jenis yang tidak pandai untuk membuat keputusan yang tepat.  Aku takut keputusan melulu yang aku buat akan membuatkan aku sengsara di kemudian hari.  

Aku ingin bertanya pendapat orang sekeliling aku.  Ada yang menyatakan lelaki itu hanya bermanis mulut dan hanya ingin memainkan perasaan ku.  Aku sendiri pun tidak tahu.  Ada juga yang menyatakan bahawa perkenalan kami terlalu awal untuk memikirkan tentang perkahwinan.  Aku buntu.

Perkara ini adalah yang pertama berlaku dalam hidup aku dan sampai sekarang aku masih tidak mempercayainya.  Namun aku tersentuh kerana lelaki itu tidak putus asa untuk mendapatkan aku tapi terlalu sukar untuk aku buat keputusan ini.   

Tuesday, August 19, 2014

Setelah sekian lama...

Assalamualaikum dan selamat petang...

Bila dah lama tak berblogging nie rasa mcm pelik je..sebab utama tak update blog ini adalah kerana terlupa password..hahahha...tiba2 je hari nie password tu muncul and try lepas jugak akhirnya...sebab yang lain adalah aku sudah bekerja sekarang so susah sikit nak update semua benda nie...duduk menyewa so takde wifi dan yang ada hanyalah mobile data...tapi dengan mobile data nk bukak blog???kirim salam je laa..tunggu dekat office macam nie baru boleh update blog nie...kantoi aku dekat office....hheheheh

setakat ni kerja sebab customer coordinator nie boleh laa..tapi gaji tak seberapa sangat...setiap kali dapat gaji mesti mcm2 aku fikir..mana tak nyer...sewa rumah lagi, pinjaman PTPTN lagi, perbelanjaan harian...huishhh memang pening laaa..tapi mama cakap bersabar sebab rezeki ada dimana mana...betul jugak ckp mama tu tapi kalau kita tak mencari tak jadi jugak kan...

Friday, December 6, 2013

I don't mean to be rude...

Assalamualaikum dan selamat petang...

Aku tak nak jadi seseorang yang kurang ajar dengan orang tua.  Tapi setiap kali perkataan yang keluar dari mulut dia mesti membuat aku sakit hati dan terus bersikap kurang ajar.  Aku tahu perbuatan tu tak baik.  Lebih-lebih lagi orang tu adalah ahli keluarga aku sendiri.  Tapi sampai bila aku nak tahan.  Setiap hari ada saja perkara yang menyakitkan hati berlaku.  Bukan pada aku saja, pada adik beradik aku yang lain pun sama.  Aku bukan nak mengungkit, dia kena ingat bila dia sakit sapa yang bawa dia pegi hospital.  Kalau dia kena tahan kat hospital sapa dulu yang pegi melawat dia.  Dia tak ingat semua kebaikan tu, yang dia ingat hanya keburukan aku dan ahli keluarga aku.  

Pada masa yang sama aku rasa kasihan dekat dia.  Dah la takda anak-anak sendiri.  Anak tiri tu adalah tapi bukan datang jenguk pun.  Aku tahu juga yang dia tak ada ilmu yang tinggi sebab dia tak habis sekolah.  Memang sedih la kalau dia cerita pasal sejarah hidup dia tapi adakalanya naik menyampah.  Bukan kehidupan dia je yang susah.  Ramai lagi yang seangkatan dengan dia tapi boleh je berlakuan baik dan boleh terima ilmu zaman ni.  Pada mata dia ilmu zaman sekarang semua salah.  Aku sendiri pun tak faham.  Ceramah agama pun boleh salah.  Inikan program luar negara.  100% tak betul.  Aku cuba nak tolong tapi setiap kali aku cuba nak tolong mesti dia akan marah-marah kat aku.  Aku ni pun manusia biasa juga, cepat nak melenting.  Apa lagi kena fire laa dengan aku.  Tapi lepas aku buat semua tu aku rasa menyesal yang amat.  Tak patut aku buat macam tu.  Macam mana satu hari nanti orang lain buat perkara yang sama dengan mama aku.  Tu je yang aku fikir sekarang.  Aku tak perkara yang sama berlaku.  Aku cukup berpegang pada kata ni "what comes around goes around".  Hukum karma takda sapa yang boleh halang kan.

Aku berharap sangat perangai aku yang suka melawan ni akan hilang.  Aku tak nak dah sakitkan hati orang kat sekeliling aku.  Biarlah kalau aku sakit sekali pun biar aku yang tanggung.  Dengan cara ni aku harap kehidupan aku dalam rumah ni akan lebih aman dan tenteram.  In Sha Allah...

Annyeong...

Friday, October 4, 2013

I need to stay positive...

Assalamualaikum dan selamat malam...

Aku tidak sedikit pun rasa tergugat kalau aku dengar kawan-kawan sebaya dengan aku sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi...malah aku berasa bangga kerana mempunyai kawan-kawan yang berjaya dan aku akan selalu mendoakan kejayaan mereka...ramai yang tanya aku kenapa aku tak nak sambung belajar...macam-macam jawapan aku bagi...antara jawapan yang famous aku bagi sebab nak tolong mama dan papa aku...aku kesian kat mereka sebab umur dan lanjut tapi anak-anak masih merangkak nak belajar...biarlah kakak-kakakku ada sijil degree...bagiku cukuplah hanya sekadar diploma...


Aku tak sambung belajar tapi sampai sekarang tak kerja lagi...aku tahu banyak peluang pekerjaan kat luar sana dan aku tak sambut peluang tu...bukan sebab aku ni memilih pekerjaan...aku tak kisah pun kerja apa-apa pun tapi aku rasa aku tak layak untuk bekerja sebab aku masih belum memegang sijil diplomaku...walaupun ramai kawan aku yang sudah kerja sebelum konvo tapi susah bagi aku...kakak aku sampai menyatakan aku tidak mahu bekerja dan mahu hanya duduk dirumah...tidak kakakku...aku merasakan aku masih tidak layak...aku tahu rezeki aku akan sampai satu hari nanti dan aku kena selalu berfikiran positif supaya aku senang untuk mendapat kerja..in shaa Allah...



Monday, June 24, 2013

Who are You???

Assalamualaikum

Siapa kita untuk judge orang...lebih-lebih lagi orang tu kita sendiri tak kenal...tengok diri sendiri dulu sebelum kita mengata orang lain...kalau kita ni sempurna takpe laaa..tapi ingat laa wahai sahabat NOBODY PERFECT ok...

Aku ada account keek and aku memang suka tengok video-video kat situ...lagi-lagi video budak-budak kecil...comel je tapi kadang-kadang lawak jugak...awkward depan camera tapi itu perkara biasa sebab aku pun macam tu jugak...memang tak boleh nk buat video sebab-sebab tertentu...tengah scroll-scroll video kat situ aku terjumpa satu profile nie...nampak macam menarik aku pun bukak laa...dari apa yang aku tengok budak nie memang tak ramai follower and takde orang subscribe dia...aku saja je laa nak tengok...every video she will insult peolpe...tak kira laa dari segi penampilan sampai laa cara seseorang itu berpakaian...tak kisah laa kalau nak comment seserang tapi jaga laa bahasa tu...segala carut keluar dari mulut ko...macam laa ko tu hebat sangat...sampai sekarang semua keek dia mesti mengutuk orang...apa laa nak jadi...

Kalau nak tegur pun tegur laa elok-elok...kita orang melayu ada adap dan santunnya...aku pun terfikir..patut laa minah nie takde follower mulut mengalahkan longkang...teruk bahasa nyer...please laa kalau nak cakap apa-apa pasal orang lain cermin diri dulu k...nk tegur tu boleh tapi ada caranya...

Sunday, June 23, 2013

Cousin??? yeah right...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita sikit tentang kejadian yang baru berlaku petang tadi...aku bukan nak buruk-burukkan ahli keluarga sendiri, tapi aku dah tak tahan so luahkan kat sini je laaa..no hurts feeling ok my dear cousin...if u able to read this blog laaa kan...hehhehehe

Dari diorang datang ada je perkara yang membuatkan aku sakit hati...anak sepupu aku ni, kalau kecil lagi and tak tahu bahasa aku tak kisah...ni tak, sorang tu form 1 dah sorang lagi darjah 4...dah ada akal fikiran untuk fikir mana yang baik and mana yang buruk...

Aku ingat lagi waktu dulu, time aku pakai handphone nokia butterfly and my mum use nokia 3310 korang sindir macam apa...kolot laa ketinggalan zaman laaa...sekarang bila kami guna samsung wonder, note, tab and korang pakai handphone biasa mula laa buat muka kesian...dulu bangga sangat dengan kekayaan korang...and now astro pun takde...korang tunjuk sangat perangai poor korang tu dengan minta-minta barang dari aku...handphone yang sah-sah dah rosak pun still korang nak...terdesak sangat tu...

One more thing, kalau tak pandai sesuatu perkara and ada insan yang sudi beri tunjuk ajar appreciate laa sikit...ni tak sibuk ke handphone 2g korang tu...orang tolong sebab sayang and nak korang berjaya tapi korang ambil sambil lewa je..macam mana nak maju...aku cakap macam ni sebab aku time sekolah dulu pemalas and aku tak nak orang lain terima nasib sama dengan aku...sebab tu aku bagi nasihat bukan sebab nak sakitkan hati korang...

Akhir sekali, kalau kami cakap elok-elok tanpa bahasa yang kurang ajar korang dengar laaa...tengok laa macam petang tadi..kakak aku cakap elok-elok tapi still korang buat macam tu...habis calar motor tu bukan korang nak bayar ganti rugi...lepas buat benda tu terus balik macam tu je...berbudi bahasa sungguh sedara aku kan...

thats all for now..