Friday, December 6, 2013

I don't mean to be rude...

Assalamualaikum dan selamat petang...

Aku tak nak jadi seseorang yang kurang ajar dengan orang tua.  Tapi setiap kali perkataan yang keluar dari mulut dia mesti membuat aku sakit hati dan terus bersikap kurang ajar.  Aku tahu perbuatan tu tak baik.  Lebih-lebih lagi orang tu adalah ahli keluarga aku sendiri.  Tapi sampai bila aku nak tahan.  Setiap hari ada saja perkara yang menyakitkan hati berlaku.  Bukan pada aku saja, pada adik beradik aku yang lain pun sama.  Aku bukan nak mengungkit, dia kena ingat bila dia sakit sapa yang bawa dia pegi hospital.  Kalau dia kena tahan kat hospital sapa dulu yang pegi melawat dia.  Dia tak ingat semua kebaikan tu, yang dia ingat hanya keburukan aku dan ahli keluarga aku.  

Pada masa yang sama aku rasa kasihan dekat dia.  Dah la takda anak-anak sendiri.  Anak tiri tu adalah tapi bukan datang jenguk pun.  Aku tahu juga yang dia tak ada ilmu yang tinggi sebab dia tak habis sekolah.  Memang sedih la kalau dia cerita pasal sejarah hidup dia tapi adakalanya naik menyampah.  Bukan kehidupan dia je yang susah.  Ramai lagi yang seangkatan dengan dia tapi boleh je berlakuan baik dan boleh terima ilmu zaman ni.  Pada mata dia ilmu zaman sekarang semua salah.  Aku sendiri pun tak faham.  Ceramah agama pun boleh salah.  Inikan program luar negara.  100% tak betul.  Aku cuba nak tolong tapi setiap kali aku cuba nak tolong mesti dia akan marah-marah kat aku.  Aku ni pun manusia biasa juga, cepat nak melenting.  Apa lagi kena fire laa dengan aku.  Tapi lepas aku buat semua tu aku rasa menyesal yang amat.  Tak patut aku buat macam tu.  Macam mana satu hari nanti orang lain buat perkara yang sama dengan mama aku.  Tu je yang aku fikir sekarang.  Aku tak perkara yang sama berlaku.  Aku cukup berpegang pada kata ni "what comes around goes around".  Hukum karma takda sapa yang boleh halang kan.

Aku berharap sangat perangai aku yang suka melawan ni akan hilang.  Aku tak nak dah sakitkan hati orang kat sekeliling aku.  Biarlah kalau aku sakit sekali pun biar aku yang tanggung.  Dengan cara ni aku harap kehidupan aku dalam rumah ni akan lebih aman dan tenteram.  In Sha Allah...

Annyeong...

Friday, October 4, 2013

I need to stay positive...

Assalamualaikum dan selamat malam...

Aku tidak sedikit pun rasa tergugat kalau aku dengar kawan-kawan sebaya dengan aku sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi...malah aku berasa bangga kerana mempunyai kawan-kawan yang berjaya dan aku akan selalu mendoakan kejayaan mereka...ramai yang tanya aku kenapa aku tak nak sambung belajar...macam-macam jawapan aku bagi...antara jawapan yang famous aku bagi sebab nak tolong mama dan papa aku...aku kesian kat mereka sebab umur dan lanjut tapi anak-anak masih merangkak nak belajar...biarlah kakak-kakakku ada sijil degree...bagiku cukuplah hanya sekadar diploma...


Aku tak sambung belajar tapi sampai sekarang tak kerja lagi...aku tahu banyak peluang pekerjaan kat luar sana dan aku tak sambut peluang tu...bukan sebab aku ni memilih pekerjaan...aku tak kisah pun kerja apa-apa pun tapi aku rasa aku tak layak untuk bekerja sebab aku masih belum memegang sijil diplomaku...walaupun ramai kawan aku yang sudah kerja sebelum konvo tapi susah bagi aku...kakak aku sampai menyatakan aku tidak mahu bekerja dan mahu hanya duduk dirumah...tidak kakakku...aku merasakan aku masih tidak layak...aku tahu rezeki aku akan sampai satu hari nanti dan aku kena selalu berfikiran positif supaya aku senang untuk mendapat kerja..in shaa Allah...



Monday, June 24, 2013

Who are You???

Assalamualaikum

Siapa kita untuk judge orang...lebih-lebih lagi orang tu kita sendiri tak kenal...tengok diri sendiri dulu sebelum kita mengata orang lain...kalau kita ni sempurna takpe laaa..tapi ingat laa wahai sahabat NOBODY PERFECT ok...

Aku ada account keek and aku memang suka tengok video-video kat situ...lagi-lagi video budak-budak kecil...comel je tapi kadang-kadang lawak jugak...awkward depan camera tapi itu perkara biasa sebab aku pun macam tu jugak...memang tak boleh nk buat video sebab-sebab tertentu...tengah scroll-scroll video kat situ aku terjumpa satu profile nie...nampak macam menarik aku pun bukak laa...dari apa yang aku tengok budak nie memang tak ramai follower and takde orang subscribe dia...aku saja je laa nak tengok...every video she will insult peolpe...tak kira laa dari segi penampilan sampai laa cara seseorang itu berpakaian...tak kisah laa kalau nak comment seserang tapi jaga laa bahasa tu...segala carut keluar dari mulut ko...macam laa ko tu hebat sangat...sampai sekarang semua keek dia mesti mengutuk orang...apa laa nak jadi...

Kalau nak tegur pun tegur laa elok-elok...kita orang melayu ada adap dan santunnya...aku pun terfikir..patut laa minah nie takde follower mulut mengalahkan longkang...teruk bahasa nyer...please laa kalau nak cakap apa-apa pasal orang lain cermin diri dulu k...nk tegur tu boleh tapi ada caranya...

Sunday, June 23, 2013

Cousin??? yeah right...

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cerita sikit tentang kejadian yang baru berlaku petang tadi...aku bukan nak buruk-burukkan ahli keluarga sendiri, tapi aku dah tak tahan so luahkan kat sini je laaa..no hurts feeling ok my dear cousin...if u able to read this blog laaa kan...hehhehehe

Dari diorang datang ada je perkara yang membuatkan aku sakit hati...anak sepupu aku ni, kalau kecil lagi and tak tahu bahasa aku tak kisah...ni tak, sorang tu form 1 dah sorang lagi darjah 4...dah ada akal fikiran untuk fikir mana yang baik and mana yang buruk...

Aku ingat lagi waktu dulu, time aku pakai handphone nokia butterfly and my mum use nokia 3310 korang sindir macam apa...kolot laa ketinggalan zaman laaa...sekarang bila kami guna samsung wonder, note, tab and korang pakai handphone biasa mula laa buat muka kesian...dulu bangga sangat dengan kekayaan korang...and now astro pun takde...korang tunjuk sangat perangai poor korang tu dengan minta-minta barang dari aku...handphone yang sah-sah dah rosak pun still korang nak...terdesak sangat tu...

One more thing, kalau tak pandai sesuatu perkara and ada insan yang sudi beri tunjuk ajar appreciate laa sikit...ni tak sibuk ke handphone 2g korang tu...orang tolong sebab sayang and nak korang berjaya tapi korang ambil sambil lewa je..macam mana nak maju...aku cakap macam ni sebab aku time sekolah dulu pemalas and aku tak nak orang lain terima nasib sama dengan aku...sebab tu aku bagi nasihat bukan sebab nak sakitkan hati korang...

Akhir sekali, kalau kami cakap elok-elok tanpa bahasa yang kurang ajar korang dengar laaa...tengok laa macam petang tadi..kakak aku cakap elok-elok tapi still korang buat macam tu...habis calar motor tu bukan korang nak bayar ganti rugi...lepas buat benda tu terus balik macam tu je...berbudi bahasa sungguh sedara aku kan...

thats all for now..

Wednesday, June 12, 2013

Penanam Anggur yang Paling Berjaya di Abad Ini...

Assalamualaikum...

Hampir 3 bulan aku habis belajar dekat jengka...tapi sampai sekarang aku masih duduk di rumah tanpa pekerjaan tetap...senang cakap PENGANGGUR...walaupun baru 3 bulan aku duduk kat rumah aku rasakan sudah lama aku membazirkan waktu...bukan aku tak cuba untuk mencari pekerjaan tetapi banyak sangat alasannya...aku ada dapat satu interview sebagai receptionist... aku fikir baik aku tak memilih dalam mencari pekerjaan....zaman sekarang nie susah nak cari pekerjaan berdasarkan apa yang kita belajar...orang tu call aku dan aku cakap aku akan update semula dengan dia sama ada aku pergi ataupun tidak...tapi nasib tidak menyelebahi aku...aku tidak dapat pergi ke interview tu atas sebab-sebab tertentu...

Tapi aku terfikir juga...kalau aku duduk rumah sekarang, sekurang-kurangnya aku dapat meringankan beban mama untuk menjaga mak lang...tambahan pula, kakak aku juga masih mencari pekerjaan...kami masing-masing tolong antara satu sama lain sementara kami berada di rumah...walaupun pertolongan aku tidak begitu besar namun aku rasa cukup untuk membantu...

Tidak dinafikan aku memang cemburu dengan kawan-kawan yang sudah bekerja dan mempunyai gaji sendiri namun aku cuba untuk berfikiran positif dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri aku  dan juga orang disekeliling aku...mudah-mudahan aku cepat dapat kerja dan membantu mama papa dari segi kewangan...in sha Allah...


Thursday, April 11, 2013

Mungkin Memang Salah Aku...

Assalamualaikum..

aku tak tahu sebenarnya nak cakap pasal apa..banyak sangat terbuku kat hati aku ni...cara untuk aku lepaskan tekanan aku adalah dengan bercerita kat someone yang aku percaya tak pun aku akan menangis tapi aku rase untuk masalah kali ni aku tak nak menangis sebab aku tak nak air mata aku jatuh disebabkan masalah yang paling bodoh dan bangang nie..so aku just lepaskn kat sini...lagi pun aku tak ramai follower so aku tak kisah...aku bukan nak jaja cerita orang sana sini tapi aku dah tak tahan..baik aku lepas kan semua nie sekarang nie daripada aku pendam dalam hati dan masalah tu akan membengkak dan makin menyakit kan...


aku tak tahu pulak kalau kite berlaku jujur kite akan dipijak, diherdik, dihina....aku selalu disuruh untuk menjadi seorang yang jujur tapi bile aku berlaku jujur perkara seperti ni berlaku..aku jujur orang cakap aku reka cerita...aku jujur aku hilang kawan...apa lagi yang harus aku buat sekarang nie..mungkin salah aku sebab tak dengar cakap kakak aku...kalau dari awal aku dengar perkara macam nie tak kan berlaku pada diri aku...tapi kenapa Tuhan Engkau biarkan aku mengambil jalan ni..adakah ini ujian daripadaMu..andai Engkau mahu menguji hambaMu ini, aku redha ya Allah...tapi satu je aku mintak ya Allah, Engkau baikkan lah hubungan kawan aku dengan kekasih nya walau pun aku terpaksa hilang seorang kawan yang sangat aku sayang...


aku dah tak kuat lagi, aku semakin lemah...aku tahu aku telah menyakitkan hati ramai orang tapi aku hanya mahukan yang terbaik untuk mereka tapi mungkin cara aku yang salah...Ya Allah Engkau tunjukkan lah jalan yang benar kepadaku..hanya itu aku memohon kepadaMu ya Allah...


semoga Engkau perkenankan doaku..

Tuesday, April 9, 2013

Tiada Kesudahan Ke????

Assalamualaikum...

aku tak tahu nak start mcm mana???aku sekarang nie tersangat laa stress...aku ingat kan lepas je aku balek dari jengka semua nie tak kan berlaku tapi sangkaan aku meleset...1st day aku balek dh mcm2 berlaku...tak tau laa kalo dh seminggu aku duk rumah..mesti mcm2 hal yang akan berlaku...tapi aku tak nak laa perkara yang buruk berlaku kan...tapi aku pasti 100% something will happen..something bad i guess...


aku mcm tersepit...antara persahabatan dan kebenaran...aku tak tahu nk pilih yang mana satu...aku pilih sahabat aku hilang kebenaran..aku pilih kebenaran aku hilang sahabat...kenapa perkara ini harus berlaku pada diri aku...aku kadang-kadang terfikir alangkah baiknya kalao aku tak kenal dia...tapi aku tahu ade hikmah disebalik semua ni...pasti Allah ade rancangan sendiri sebab Dia telah menemukan aku dengan seorang sahabat nie...

tapi kenapa wahai sahabat kau harus menipu dalam menjalani kehidupan mu...dengan menipu kita tiada hala tuju..aku tak nak kau menyesal di kemudian hari..penyesalan yang amat perit rasenyer...aku tak bole nk ckp lebih sebab aku bukan berada di tempat kau tapi ingat lah sahabat aku akan sentiasa berada di sisi kau...walaupun aku sebenarnyer aku tidak menyukai apa yang engkau sedang buat ni...sehingga kan orang lain bertny kan aku pasal kau...aku tak mahu menipu...aku tak mahu masuk campur tapi aku serba salah...aku tolong aku nampak jahat...aku tak tolong pn aku nampak jahat...apa yang perlu aku buat sekarang nie wahai sahabat...



aku tau kau pasti mempunyai alasan kau tapi kau tak perlu menipu..just be honest supaya masalah mcm nie tak kan berlaku lagi...dan aku jd mangsa...aku hanya mahukan engkau lupakan semua nie..kembalilah kepada kehidupan mu yang lama..kehidupan yang gembira tanpa sebarang penipuan..itu sahaja yang aku harapkan wahai sahabat...

Saturday, April 6, 2013

Holiday at Cameron HIghland

Assalamualaikum...

Entry hari nie aku nak cerita sikit pasal aku dan kawan-kawan aku pergi holiday kat cameron highland...first kami rancang nk g kuantan or KL tapi sebab kuantan dan selalu pegi and tak banyak aktiviti yang bole buat so kami pn reject kuantan...KL plak tak tau nk lepak kat mana and tak tahu sangat jalan kat sana..so kami amik keputusan untuk pegi holiday kat dalam pahang je so kami decide nak pegi ke CAMERON HIGHLANDS....

yang pegi time tu aku, ija, sha, siti, wawa, anas and komodo...so kami sewa kete alza sebab kete tu besar sikit kan..kami ingat nak pegi tengah malam tu terus naik ke cameron tapi ramai orang ckp jalan tu bahaya kalau malam-malam so kami ambil keputusan untuk pegi ke raub dulu overnight kat sana pagi esok baru bertolak...so dalam pukul 12 kami pn bertolak ke raub dengan perasaan yang sangat gembira dan eksaited..heheheheh..kami sampai kat raub awal giler so tak tau nk buat ape...kami semua pegi cari makan dulu sebab masing-masing kelaparan...lepas tu anas ajak g lepak kat rumah dia tapi parents dia takde and dia tak de kunci rumah so kami lepak laa kat pondok kat belakang rumah dia..besar kawasan rumah anas..seronok sangat nyaman plak tu...tapi tak snap gambar pn sebab tak berani..kan tengah malam..kang ade gambar benda lain kang susah plak kn..ehehhehehehe...

lepas solat subuh kat masjid raub kami pn bertolak..serius perasaan time tu hanya tuhan je yang tahu...ye laa even aku ni asal pahang tp ni laa kali pertama aku gi sana...hehehhe...kami pegi lepas subuh kn..so jalan dia berkabus sangat...kabus tebal tapi nasib baik tak lama...masa nk sampai ke puncak tu aku terpesona sangat dengan keindahan alam kat situ...cukup hebat ciptaan Allah...pemandangan kat atas bukit tu membuat aku berasa sangat tenang dan membuatkan aku lupe segala masalah aku...heheheh..aku pn snap laa gambar supaya aku tak kan lupa pemandangan terindah itu...lagi satu mana laa tau kan aku tak pegi dah kat sini so ade laa kenangan kn..huhuhu...

sampai je kat puncak aku rase sejuk sangat...angin dia sejuk sangat2...tapi syokkk...heheheh..sampai je kat tanah rata kami pn cari tempat makan sebab lapar...kami memang selalu lapaar...heheh...tak kira masa...huhuhu..kebetulan time kami pegi tu hari ahad so memang ramai sangat tourist...jalan tak yah ckp laa kan..memang sesak gilaaa...tempat pertama yang kami pegi ialah taman strawberry tapi kan taman tu tak besh..nk msuk kena bayar...tu memang common laa kan tapi mahal nak mampus...tak berbaloi rasenye so kami tengok dari luar je..tp kire ok laa kn...drpd tak dpt tgk langsung kn...hurmmm..lepas tu kami pegi cactus point...kat situ ade pelbagai jenis kaktus...rare gilee design dia...ade yang pelik tu pelik sangat and ade yang cantik tu masha Allah cantik giler....kami tak lepas kn peluang utk bergambar...setiap step mesti snap gambar...aku plak tak lepas kan peluang utk beli kaktus tu..nk bagi kat mama...hopefully mama suke..hehhehe...lepas tu kami pegi scorner...kat tempat nie ade jual strawberry...ya Allah merah sangat strawberry dia...geram rasenyer..rase mcm nak makan time tu jgk...aku apa lagi terus laa beli tapi orang tu ckp buah nie tak tahan lama kalau bwk turun so kena makan dalam masa 2 3 hari...ok laa tu tapi aku terkilan sebab tak dapt bagi kat mama dan papa..tapi takpe laa bukan rezeki kan...

lepas tu kami rehat kejap kat cafe kat situ sambil makan strawberry pastu tengah lepak2 kami pn decide nk gi ladang teh...lepas kami lepaskan penat kami pn pegi ke ladang teh tu...besar gilaa ladang tu..aku rase sangat kerdil waktu aku turun kat ladang...besar sungguh kuasa Allah kn..pemandangan yang indah sekali lagi dapat aku tatap...happy sangat aku time tu...yelaa jalan dengan kawan2 pulakk tu...bukan selalu dapat jenjalan mcm nie...and then kami dapat tahu yang kat cameron nie ade air terjun so kami decide laa nk pegi sana, mesti air dia sejuk dia...kami pn cari laa and then jumpe sign board AIR TERJUN ROBINSON..pastu kami jalan laa masuk dengan harapan yang tinggi tapi harapan kami hancur berkecai..nk tau kenapa???air terjun tu dipenuhi oleh sampah...teruk gila kot..dh laa tempat peranginan..tak orang jaga langsung so niat kami terhenti disitu and memandangkan kami tak nak turun petang sangat kami pn balek and singgah lagi kat rumah anas sebab parents dia dh balek..sampai je raub semua dh penat...tak larat...aku lagi laa tak tidur langsung sebab kena teman kan driver..hanya tuhan je yang tahu masa tu..

kami bertolak dari rumah anas ke jengka dalam pukul 8 lebih and sampai jengka dalam pukul 10...aku sampai je rumah terus rase mcm nk pengsan...penat yang teramat tapi perasaan tu hilang sebaik sahaja aku teringat perkara yang berlaku kat sana..kami bergembira bersama dan luangkan masa bersama...yelaa sebelum nie tak penah pn aku dan kawan2 pegi jauh...nanti aku serta gambar sekali k..so bukan aku je yang bole menikmati keindahan TUhan nie..semua pn bolehhh....


nie time nak naik ke cameron highland...

berkabus sebab waktu pagi kan...

lepas melawat taman strawberyy


walaupun kami penat tapi kami tetap happy...

kat taman cactus pulakkk...

tajammmmm

penat sangat sampai rase mcm nk berbaring je kat atas cactus tu..huhuh

at sCoRner
merah gilaa kan..geram aku...
ladang teh...

kami berjaya menawan ladang teh cameron highlands

lepak2 untuk hilangkan penat sambil makan strawberyy..nyummm

cantik kan...


ok laa..ni je laa gambar yang bole aku share...tak kn nk upload semua gambar kn....hehehehe...lagi satu..aku dan kawan-kawan dah lama pegi tapi sekarang baru nk update kat blog,..maklum laa busy je memanjang so nie je laa ade mase so enjoy the pic k..Assalamualaikum..

Tuesday, March 5, 2013

Terjumpa dengan seseorang yang menyakitkan hati...

Assalamualaikum and good evening...

Hari ni aku dan kawan-kawan rumah aku pergi ke pasar tani untuk membeli makan malam...kami pergi dalam pukul 6 lebih selepas aku selesai solat asar...kami pergi dengan menaiki kaki je...dekat je so walk is better right??...bole exercise sekali... nak dijadikan cerita masa kami datang tu kami terserempak dengan lecturer bisnes math kami dan kami just smile brightly....lecturer kesayangan kan...tapi sekarang nie bukan nak cakap pasal lecturer nie tapi lecturer yang lain...

Si dia nie penah mengajar aku masa aku part 2...dia ajar apa tu tak kisah laaa kan..biarlah rahsia...tak pasal pulak kang kalau sebut nama and jawatan aku kena attack pulak....bukan bole percaya sangat social network zaman sekarang nie...kejadian ini berlaku kat kedai apam balik....kawan aku sorang nie nak beli apam balik and aku nampak orang sebelah dia tu macam familiar je...aku tanya laa kawan aku sorang lagi and dia cakap dia kenal lecturer tu tapi tak penah mengajar kelas dia...aku pun berpaling muka sebab aku ada sejarah hitam dengan lecturer nie...bukan laa hitam sangat tapi memberi kesan kat aku sampai sekarang...aku memang tak boleh lupa apa yang dia cakap kat aku...ada betul nya apa dia cakap tu tapi tak yah la sampai nak malu kan aku...aku pun ade maruah...kalau dia nak bagi nasihat and suruh aku lebih berusaha tak pe laa jugak nie tak...hina nya aku...wahai lecturer aku pun manusia yang punya hati dan perasaan..



Lepas tu kawan aku cakap yang dia asyik pandang ke arah kami je tapi aku tak nampak pun sebab aku membelakangkan dia...tak nak aku bersua muka dengan dia...tiba-tiba je dia tegur kawan aku dan aku terkejut terus terpandang muka dia...dia tanya kawan aku duduk kat mana sekarang nie and tiba-tiba tanya aku...aku pun jawab laaa..tiba-tiba dia tunding jari dia kat aku dan cakap kenapa aku tak senyum kat dia padahal aku penah belajar dengan dia...dah laa dia cakap kuat...ramai orang pandang..malu kot aku time tu rase macam nak lari je...tapi apakan daya aku hanya mampu tersengih...alasan aku, aku tak nampak dia and lepas tu terus dia blaaaa...aku bukan apa terkejut laa jugak tak sangka dia ingat student dia yang lembap macam aku nie...


Tapi kan tak patut laa rasenye dia nak tunding jari kat aku sebab aku tak senyum kat dia....aku tahu dalam Islam ada menyebut yang SENYUM ITU SATU SEDEKAH tapi time tu aku kat pasar kot...senyum sesuka hati kang orang kata gila pulak...lagi pun time aku tak pandang pun dia so tak yah laa kot aku nak senyum...geram betul laa kalau ingat peristiwa tadi...hopefully lepas nie dah tak jumpe dengan dia..

p/s:  Apalah nasib terserempak dengan dia and after this i will always smile brightly...


Saturday, January 12, 2013

My House Smell Like a Shit...

Assalamualaikum and good evening...

Just one to share some story that happen several weeks ago...cerita nie bermula dengan seekor kucing hitam yang selalu masuk dalam rumah sewa aku sebab nak cari makan....  habis semua tong sampah tunggang terbalik disebabkan dia...sakit hati ni sebab tiap-tiap hari kena kemas kan...  kucing tu suka masuk malam-malam and menyebabkan aku dan roomates aku berasa takot kerana fizikal nyer yang gelap and garang....

nak dijadikan cerita waktu aku balek untuk cuti sem selama seminggu kucing hitam tu beranak dalam rumah  aku dekat dapur...mula-mula time roomates aku cerita aku tak percaya sebab aku tak tengok lagi dengan mata aku sendiri....selepas itu aku selalu terdengar bunyi pada waktu malam dan menyebabkan aku takot yg teramat sampaikan aku tak bole nak tido....rupe-rupenyer tu bunyi yg dibuat oleh anak kucing yang berada di belakang sofa dekat ruang makan...beberapa hari selepas tu aku mula ternampak anak-anak kucing tu dan kawasan ruang makan tu berbau sangat busuk disebabkan oleh air kencing dan tahi anak kucing tersebut...  

kami satu rumah tak berdaya hendak pergi ke dapur kerana bau yang teramat teruk dan boleh membuatkan kami termuntahh...kami cuba mencari tempat persembunyian anak kucing tersebut tetapi tidak diketemui...mujur laaa mata sha tajam...dia ternampak anak kucing tersebut berlari ke belakang sofa dan kami pun mengambil keputusan untuk menghalau anak kucing tersebut....mak kucing tu garang sangat dan tak bagi kami rapat dengan anak dia....lepas tu kami cuba pelbagai cara untuk halau ibu dan anak kucing tersebut dan akhirnyer kami berjaya...

walaupun berjaya ruang makan tu still berbau busuk dan sukar untuk kami lalu disitu...kami ingin mencuci kawasan tersebut tetapi masing-masing ade komitmen tersendiri so tangguh laa dulu and hopefully satu hari nanti kami semua dapat mengemas kembali tempat tersebut dan hilangkan bau yang kurang menyenangkan itu...

Alone

Assalamualaikum and good evening....

first things first aku nak buat ialah menangis sekuat hati...boleh tak????wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


nak tahu kenapa aku menangis???  aku menangis sebab aku kena tinggal sorg2 kat rumah nie....hukhuk...  roomates aku semua balek and ade hal masing-masing and so tinggal laa keseorangan....sha balek rumah sebab "ada hal", siti pulak best friend dye nk kawin, nadin memang selalu balek pn, ija kerja and wawa pergi taman negara dengan boy dye...aku je duk kat jengka tercinta nie...


and now aku betul2 bosannnn...













Thursday, January 3, 2013

Currently Downloading new movie...

Assalamualaikum and good night...

Sekarang aku tengah busy download movie korea...  nak kate cite tu lama tak jugak..cite tu dh keluar sejak tahun lepas lagi tapi baru sekarang aku download...  tu pn sebab ada orang yang suruh tolong...so memandang aku tak buat pape sangat kat jengka nie so aku pn mendownload laa movie tu tanpa henti...

cerita tu tajuk dye ARANG AND THE MAGISTRATE...  cerita korea and agak best jugak laa..first aku tgk mcm bosan je sebab latar belakang citer nie berlaku pada zaman dahulu so agak bosan disitu...  tapi bile aku dh tengok mula laa melekat and rase rugi pulak kalo tak tengok full...sekarang nie pn baru download episode 12...cerita nie ade 20 episode... penat juga menunggu nyer tapi takpe...berbaloi dan tak rugi pape pn kalau tengok cerita nie...

kalau nk tgk just klik link ni k..serious best and tak rugi kalau tengok...

http://www.dramaload.com/korean-drama-arang-and-the-magistrate/

sekian...