Assalamualaikum and good evening...
Just one to share some story that happen several weeks ago...cerita nie bermula dengan seekor kucing hitam yang selalu masuk dalam rumah sewa aku sebab nak cari makan.... habis semua tong sampah tunggang terbalik disebabkan dia...sakit hati ni sebab tiap-tiap hari kena kemas kan... kucing tu suka masuk malam-malam and menyebabkan aku dan roomates aku berasa takot kerana fizikal nyer yang gelap and garang....
nak dijadikan cerita waktu aku balek untuk cuti sem selama seminggu kucing hitam tu beranak dalam rumah aku dekat dapur...mula-mula time roomates aku cerita aku tak percaya sebab aku tak tengok lagi dengan mata aku sendiri....selepas itu aku selalu terdengar bunyi pada waktu malam dan menyebabkan aku takot yg teramat sampaikan aku tak bole nak tido....rupe-rupenyer tu bunyi yg dibuat oleh anak kucing yang berada di belakang sofa dekat ruang makan...beberapa hari selepas tu aku mula ternampak anak-anak kucing tu dan kawasan ruang makan tu berbau sangat busuk disebabkan oleh air kencing dan tahi anak kucing tersebut...
kami satu rumah tak berdaya hendak pergi ke dapur kerana bau yang teramat teruk dan boleh membuatkan kami termuntahh...kami cuba mencari tempat persembunyian anak kucing tersebut tetapi tidak diketemui...mujur laaa mata sha tajam...dia ternampak anak kucing tersebut berlari ke belakang sofa dan kami pun mengambil keputusan untuk menghalau anak kucing tersebut....mak kucing tu garang sangat dan tak bagi kami rapat dengan anak dia....lepas tu kami cuba pelbagai cara untuk halau ibu dan anak kucing tersebut dan akhirnyer kami berjaya...
walaupun berjaya ruang makan tu still berbau busuk dan sukar untuk kami lalu disitu...kami ingin mencuci kawasan tersebut tetapi masing-masing ade komitmen tersendiri so tangguh laa dulu and hopefully satu hari nanti kami semua dapat mengemas kembali tempat tersebut dan hilangkan bau yang kurang menyenangkan itu...