Tuesday, March 5, 2013

Terjumpa dengan seseorang yang menyakitkan hati...

Assalamualaikum and good evening...

Hari ni aku dan kawan-kawan rumah aku pergi ke pasar tani untuk membeli makan malam...kami pergi dalam pukul 6 lebih selepas aku selesai solat asar...kami pergi dengan menaiki kaki je...dekat je so walk is better right??...bole exercise sekali... nak dijadikan cerita masa kami datang tu kami terserempak dengan lecturer bisnes math kami dan kami just smile brightly....lecturer kesayangan kan...tapi sekarang nie bukan nak cakap pasal lecturer nie tapi lecturer yang lain...

Si dia nie penah mengajar aku masa aku part 2...dia ajar apa tu tak kisah laaa kan..biarlah rahsia...tak pasal pulak kang kalau sebut nama and jawatan aku kena attack pulak....bukan bole percaya sangat social network zaman sekarang nie...kejadian ini berlaku kat kedai apam balik....kawan aku sorang nie nak beli apam balik and aku nampak orang sebelah dia tu macam familiar je...aku tanya laa kawan aku sorang lagi and dia cakap dia kenal lecturer tu tapi tak penah mengajar kelas dia...aku pun berpaling muka sebab aku ada sejarah hitam dengan lecturer nie...bukan laa hitam sangat tapi memberi kesan kat aku sampai sekarang...aku memang tak boleh lupa apa yang dia cakap kat aku...ada betul nya apa dia cakap tu tapi tak yah la sampai nak malu kan aku...aku pun ade maruah...kalau dia nak bagi nasihat and suruh aku lebih berusaha tak pe laa jugak nie tak...hina nya aku...wahai lecturer aku pun manusia yang punya hati dan perasaan..



Lepas tu kawan aku cakap yang dia asyik pandang ke arah kami je tapi aku tak nampak pun sebab aku membelakangkan dia...tak nak aku bersua muka dengan dia...tiba-tiba je dia tegur kawan aku dan aku terkejut terus terpandang muka dia...dia tanya kawan aku duduk kat mana sekarang nie and tiba-tiba tanya aku...aku pun jawab laaa..tiba-tiba dia tunding jari dia kat aku dan cakap kenapa aku tak senyum kat dia padahal aku penah belajar dengan dia...dah laa dia cakap kuat...ramai orang pandang..malu kot aku time tu rase macam nak lari je...tapi apakan daya aku hanya mampu tersengih...alasan aku, aku tak nampak dia and lepas tu terus dia blaaaa...aku bukan apa terkejut laa jugak tak sangka dia ingat student dia yang lembap macam aku nie...


Tapi kan tak patut laa rasenye dia nak tunding jari kat aku sebab aku tak senyum kat dia....aku tahu dalam Islam ada menyebut yang SENYUM ITU SATU SEDEKAH tapi time tu aku kat pasar kot...senyum sesuka hati kang orang kata gila pulak...lagi pun time aku tak pandang pun dia so tak yah laa kot aku nak senyum...geram betul laa kalau ingat peristiwa tadi...hopefully lepas nie dah tak jumpe dengan dia..

p/s:  Apalah nasib terserempak dengan dia and after this i will always smile brightly...