Thursday, October 2, 2014

INGAT KO JE ADE PERASAAN MARAH???

Selamat petang...

Hujan mulai turun di bandar kuatan sekarang nie..patutnya sejuk laa kan tapi sekarang nie perasaan aku panas sangat disebabkan seseorang nie.  Aishhh, geram pulak tiba2 bila teringat pasal dia.  Aku tak nafikan yang dia memang banyak kerja dan boleh jadi stress tapi agak2 laa kalau nk stress pun.  Aku tak buat pape pun, janganlah bagi muka tahi tu kat aku.  Aku tak boleh nk jangka laa sampai tahap mana stress kau tu tapi try to relax.  Nie aku cakap baik2 boleh pulak buat muka.   Memang berasap laa kan.  Mujur laa aku nie jenis malas nk sound direct and aku still hormat kau.



Stress pun memang tidak dinafikan.  Aku tengok cara ko kerja pun aku tahu tapi don't expect aku yang duduk kat bawah nie goyang kaki 24 jam.  Aku kena marah, kena herdik tapi still bila kau bercakap dengan aku, aku akan bagi respon dan sorok segalanya perasaan bengang or marah aku.  Please laa aku hormat sama kau dan jangan sampai hormat tu hilang.  sekian terima kasih









Thursday, August 28, 2014

THE MOST SHOCKING MOMENT IN MY LIFE...

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Aku ada berkenalan dengan seseorang ni melalui BEETALK.  Kami selalu chat tapi tiba2 aku sakit terus kami tidak berhubung.  Namun sejurus aku sihat dia mula hubungi aku semula dan kami mula sebagai kawan.

Aku tak tahu bila perasaan sayang tu mula wujud.  Padahal aku susah untuk mencintai atau mengasihi seseorang itu dalam masa yang singkat.  Dia juga menunjukkan respon yang baik pada aku.  Walaupun aku tidak tahu sebaliknya.  Mungkin dia hanya ingin main-main saja dengan ku.  Aku sendiri tidak tahu.  

Tapi kejadian yang berlaku pada malam 25/08/2014 masih segar dalam ingatan aku.  Dia telah mengajak aku untuk mengahwini nya.  Aku terkejut dengan ajakan dia.  Tidak langsung aku terfikir untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang nie.  Masih banyak yang perlu aku lakukan sebelum aku bergelar seorang isteri.  Aku tidak bersedia langsung untuk komitment ini.  

Aku meminta masa untuk memikirkan hal ini.  Hal ini bukanlah sesuatu yang boleh difikirkan dalam satu malam sahaja.  Ia memerlukan masa yang panjang.  Aku jenis yang tidak pandai untuk membuat keputusan yang tepat.  Aku takut keputusan melulu yang aku buat akan membuatkan aku sengsara di kemudian hari.  

Aku ingin bertanya pendapat orang sekeliling aku.  Ada yang menyatakan lelaki itu hanya bermanis mulut dan hanya ingin memainkan perasaan ku.  Aku sendiri pun tidak tahu.  Ada juga yang menyatakan bahawa perkenalan kami terlalu awal untuk memikirkan tentang perkahwinan.  Aku buntu.

Perkara ini adalah yang pertama berlaku dalam hidup aku dan sampai sekarang aku masih tidak mempercayainya.  Namun aku tersentuh kerana lelaki itu tidak putus asa untuk mendapatkan aku tapi terlalu sukar untuk aku buat keputusan ini.   

Tuesday, August 19, 2014

Setelah sekian lama...

Assalamualaikum dan selamat petang...

Bila dah lama tak berblogging nie rasa mcm pelik je..sebab utama tak update blog ini adalah kerana terlupa password..hahahha...tiba2 je hari nie password tu muncul and try lepas jugak akhirnya...sebab yang lain adalah aku sudah bekerja sekarang so susah sikit nak update semua benda nie...duduk menyewa so takde wifi dan yang ada hanyalah mobile data...tapi dengan mobile data nk bukak blog???kirim salam je laa..tunggu dekat office macam nie baru boleh update blog nie...kantoi aku dekat office....hheheheh

setakat ni kerja sebab customer coordinator nie boleh laa..tapi gaji tak seberapa sangat...setiap kali dapat gaji mesti mcm2 aku fikir..mana tak nyer...sewa rumah lagi, pinjaman PTPTN lagi, perbelanjaan harian...huishhh memang pening laaa..tapi mama cakap bersabar sebab rezeki ada dimana mana...betul jugak ckp mama tu tapi kalau kita tak mencari tak jadi jugak kan...